Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, digesa mempertimbangkan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) agar urusan pembangunan dan pentadbiran pasukan ini lebih mudah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Gua Musang, Ab Aziz Yusoff berkata, persetujuan itu perlu dibuat memandangkan pasukan ini masih terkontang kanting tanpa teraju.

“Contohi menteri besar atau ketua menteri di negeri lain dimana mereka menggalas jawatan sebagai presiden. Ia lebih memudahkan pasukan untuk terus bernafas dan mendapatkan dana.

“Di saat Kafa dilanda krisis kewangan yang kritikal, campur tangan Menteri Besar dan kerajaan negeri amat diperlukan bagi menyelamatkan Kelantan dan meneruskan penyertaan dalam Liga M pada musim hadapan,” katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Galas, berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai RM500, kepada warga emas dari Kampung Baru Hilir, Awang Muhammad, 78, yang kematian isteri, baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan, Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa (bekas Presiden Kafa), melepaskan jawatan berkenaan pada 9 November lalu selepas menyandang sejak 2008.

Di bawah pentadbirannya, pasukan Kelantan pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

Untuk terus beraksi, Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta untuk persiapan musim baharu.

Baca juga: Gol cantik Faiz Subri tercalon anugerah Puskas

[interaction id=”5748ee9beac5f7343b0e08ad”]

Kami juga menjemput anda semua untuk LIKE fanpage kami: 90minit.com

Sumber: Sinar Harian